progress report

Wednesday, September 28, 2016

Pembetulan Terkini Surat Rasmi Memohon Kebenaran Lawatan ke Organisasi utk subjek SKR3201

1 Oktober 2016

Jabatan Hal Ehwal koperat
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Tingkat 9 Bangunan KWSP
Jalan Raja laut
504300 Kuala Lumpur

Tuan/ Puan,

Ketua Jabatan
Jabatan Teknologi Komunikasi dan Rangkaian
Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
Universiti Putra Malaysia,
Serdang 43400
Selangor Darul Ehsan

Tuan/ Puan,

MEMOHON KEBENARAN MENDAPATKAN MEKLUMAT BERKAITAN RANGKAIAN UNTUK PROJEK KURSUS ANTARA RANGKAIAN (SKR3201)

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk

2. Untuk makluman pihak tuan, senarai pelajar di bawah adalah merupakan pelajar Jabatan Teknologi Komunikasi dan Rangkaian, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UPM bagi kursus SKR3201 yang mana untuk kursus ini, mereka harus membuat kajian mengenai sistem dan infrastruktur rangkaian sesebuah syarikat bagi memantapkan lagi ilmu yang dipelajari disamping dapat melihat sendiri pelaksanaan sistem rangkaian di sesebuah organisasi.

1. Sheikh Docmart
2. Mark Nyambang
3. Nasharuddin Md Tap
4. El-Fahrul El-Hakim
5. Joanna a/p Nyirup
6. Robert Inggu
7. Ho Chi Minh
8. Nora Danish

3. Sehubungan itu saya amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat memberi kebenaran serta berkongsi maklumat mengenai sistem rangkaian organisasi pihak tuan, salinan senibina rangkaian dan lain-lain maklumat yang berkaitan dengan keperluan kursus ini kepada pelajar terbabit yang mana maklumat tersebut hanya untuk tujuan projek bagi kursus SKR3201 sahaja dan tidak akan didedahkan untuk dimanipulasi oleh pihak lain.

Namun sekiranya pihak tuan mempunyai sebarang kemusykilan, pihak tuan boleh berhubung terus dengan saya selaku pensyarah mereka melalui talian telefon 03-89471753/ 011-32660433.

Segala perhatian dan kerjasama dari pihak tuan amat saya hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

"BERILMU BERBAKTI"

Yang benar,



................................
(DR. FAHRUL HAKIM BIN AYOB)

Pensyarah Kursus SKR3201